isu hudud : persoalan demi persoalan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


assalamualaikum..tajuk entri ni pun tentang persoalan demi persoalan hudud yang menjadi isu panas dalam arena politik..aku tertanya2 adakah isu hudud ni betul2 menjadi satu titik perjuangan "mereka" dalam menegakkan syiar dan hukum islam atau sekadar propanda meraih perhatian serta pengaruh umat islam di malaysia?? bukan aku nak megupas tentang hukum hakam dalam islam kerana ilmu didada masih lagi jauh untuk memhuraikan tentang hukum hudud namun bagi sesiapa yang concern tolong "fahami" saya dengan apa yang dikatakan tentang perlaksanaan hukum hudud dalam malaysia??

correct me if im wrong..dalam islam terdapat tiga hukum jenayah iaitu hudud, qisas dan tak'zir. ni basic yang aku blajar masa sekolah dulu..ketiga2 cabang hukum jenayah ni masing2 ada kepentingan dan batas2 hukuman tersendiri mengikut pada kesalahan dan hukuman yang tertakluk dalam al Quran...

soalan 1 : adakah ketiga-tiga cabang hukuman jenayah dalam islam ini hukum Allah swt?? dan apa syarat2 setiap dari satu cabang hukum jenayah ini dilaksanakan?? 

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa..
dan artikel ini dari sebuah buku karangan  ustaz ashaari muhammad : Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat


Diterbitkan: 1992
penzina bukan sahaja bersalah dengan manusia tetapi yang lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat. Firman ALLAH: Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, ma ka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An Nur: 2)

Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dengan melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku. Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

Hakim mesti adil dan bertaqwa.

Mesti ada empat orang saksi lelaki yang adil. Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari, mengintai-mengintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu. Saksi-saksi fasiq tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq itu ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yang melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat. Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak bolehlah menjadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yang melanggar syariat.

Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yang berikut: Orang yang pemah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat. Orang yang murtad. Orang buta. Orang bisu.

Saksi-saksi mesti menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.

Dengan syarat-syarat tersebut, mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum .? Kalau saksinya ramai sekalipun, senangkah nak cari saksi yang warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat. Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi saja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang. Kemudian senang ke nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung’ itu? Yang mana biasanya ha1 itu sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasiq, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yang suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya dengan hukuman rotan 80 kali. Siapa yang berani untuk mudahmudah menjadi saksi kepada kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya? Dan siapa yang berani untuk sengaja mencari-car-i salah orang lain untuk dibawa ke mahkamah? 

rententan dari artikel diatas, ayat terakhir dimana timbul persoalan tentang mencari-cari kesalahan orang untuk disabitkan kesalahan  ke mahkamah maka aku mengambil artikel dari Dr. MAZA blog yang berkait dengan hukum hudud itu sendiri mengatakan :

Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.
Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H)

 “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”
Surah al-Hujurat ayat 12
jadi persoalan demi persoalan bermain difikiran..adakah "mereka" yang berjuang dan berjuang demi menegakkan perlaksaanan hukum hudud adalah perjuangan yang sia-sia sedangkan mengikut dari syarat-syarat dan keadaan yang membenarkan hudud dijalankan masih tidak relevan di Malaysia..Sumber dibawah dari blog Dr. MAZA : minda tajdid

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya. Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

bukan aku memandang rendah usaha mereka bertempur bergasak2 antara lelaki dan perempuan di medan perhimpunan BERSIH hanya untuk membubarkan kerajaan yang dianggap kejam kini..bukan juga aku memandang remeh mereka yang berjihad demi meneggakan syiar islam di perhimpunan perhimpunan jalanan yang sama sekali bukan diketuai oleh ahli ulamak namun Anwar Ibrahim..dimana perjuangan islam mereka?? atau "hukuman Hudud" ini hanya platform mendapatkan perhatian dan sokongan padu generasi-generasi dan para golongan ustazah dan ustaz muda??

kita muda...kita mentah..kita masih jauh dalam selok belok dunia..islam agama yang bersederhana..jangan kerna taksub dan obsesi, kita gadaikan segalanya..Allah swt memberikan  kita kelebihan dari binatang iaitu akal..guna dan buat pertimbangan dalam meneggakkan sesuatu kebenaran..

p/s : violence is not the platform to gain tranquility..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
selamat datang ke "blogtakdename"..